Thursday 30 May 2013

1. Cendol Jam Besar (Clock Tower)



Ini merupakan pilihan pertama penulis ke tempat antara makanan terbaik yang ada di Melaka. Penulis sengaja memilih tempat ini kerana bagi bersesuaian dengan tema iaitu pembuka selera.
Tempatnya yang betul-betul di hadapan kawasan tarikan pelancong iaitu Banggunan (Merah) Stadyus ataupun jam besar dan bersebelahan jalan utama ke Bandar Hilir. Dari sudut pandangan mata, kedainya memang mudah untuk dikesan.
Dari jauh penulis sudah dapat melihat kedai tersebut dan kesesakan manusia yang mengerumuni disitu. Tarikan utamanya adalah cendol. Bukan sebarang cendol tetapi cendol yang boleh disaluti dengan pelbagai penambah perisa. Antara perisa yang ditawarkan cendol kacang, cendol jagung, cendol pulut, campur, atau boleh ditambah dengan aiskrim. Mungkin anda boleh mengatakan ianya perkara biasa seperti di gerai-gerai cendol yang lain. Ternyata tanggapan anda salah! Saya berani mengatakan ini adalah cendol yang terbaik di Melaka. Dengan kuantitinya yang sederhana (tidak terlalu banyak atau sedikit), lemak santannya yang terasa, ditambahkan pula dengan kepekatan gula Melaka, belum lagi diselitkan dengan perisa-perisa yang lain, saya jamin nafsu makan anda pasti akan tertewas.